Khamis, 8 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430

Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Perak dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al Quran ADDIN Kg Tualang Sekah telah mengadakan Sambutan ‘Idulfitri pada 27 September 2009 bersamaan 8 Syawal 1430H bertempat di MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar bermula jam 3 petang. Di samping kehadiran ibu bapa pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ADDIN Kg Tualang Sekah dan masyarakat tempatan, majlis tersebut turut di hadiri oleh YB Cik Noolee Ashilin Bt Dato Radzi Manan ( ADUN Tualang Sekah), Dato’ Sheikh Mohd Noor Mansor ( Pengarah Jabatan Agama Islam Perak merangkap Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN), AF Ustaz Abu Bakar Hussein ( Timb PUM Cawangan Perak merangkap AJK Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN), Tuan Hj Abdullah B Hashim ( Timb Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Tualang Sekah) serta wakil-wakil dari PUM cawangan Perak.Di samping juadah-juadah yang telah disediakan oleh pihak MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah dan PUM Cawangan Perak, ibu bapa pelajar turut membawa pelbagai jenis kuih muih untuk di sajikan pada hari tersebut.
Seluruh warga MTQ ADDIN dan PUM Cawangan Perak mengucapkan terima kasih kapada semua hadirin yang telah memeriahkan sambutan 'Idulfitri pada tahun ini. Salam 'Idulfitri juga di ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mudah-mudahan kita semua sentiasa di rahmati dan dilindungi Ilahi ke mana jua kaki melangkah.SALAM 'IDULFITRI.





AF Ust Hakim sebagai Pengacara Majlis.JPG




Akhi Fadhil Maruan memperdengarkan bacaan Quran.JPG




Tetamu Kenamaan.JPG




Dato' Sheikh Mohd Noor sedang memberi ucapan.JPG




Sebahagian Dari Tetamu Yang Hadir.JPG




Hadirin kusyuk mendengar ucapan.JPG




Wakil PUM Cawangan Perak.JPG




YB Cik Noolee Ashilin (ADUN Tualang Sekah ).JPG




Cenderamata Kenang-kenangan Sumbangan PUM dan MTQ ADDIN untuk YB Noolee.JPG




AF Ust Anuar Morat membaca Doa.JPG




Tetamu Menikmati Jamuan.JPG




Menikmati hidangan bersama Dato' Sheikh.JPG




Menjamu selera bersama YB Noolee.JPG




Beramah Mesra Bersama Dato' Sheikh.JPG




Kaum Hawa menikmati hidangan.JPG




IMG_0030.JPG