Sabtu, 11 Oktober 2008

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2010

Pengambilan pelajar baru sesi 2010 sudah di buka sekarang.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti pengajian di MTQ ADDIN boleh mengemukakan permohonan mulai sekarang.

Syarat kemasukan adalah seperti berikut :

1. Pelajar Lelaki atau Perempuan berumur 13 Tahun pada 01 January 2010.

2. Boleh membaca al Quran dengan baik.

3. Lulus temuduga khas yang akan diadakan.

4. Berminat untuk menghafaz al Quran.

5. Bersedia tinggal di asrama.

6. Bersedia untuk ditempatkan dimana-mana cawangan MTQ ADDIN

cawangan MTQ ADDIN adalah seperti berikut :

1. MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah 31700 Malim Nawar Perak. Tel / Fax 05 4773473. Penempatan Lelaki sahaja. 15 kekosongan.

2. MTQ ADDIN -1 Kg. Sungai Keli 36400 Hutan Melintang Perak. Tel 05 6416826. Penempatan hanya lelaki. 15 kekosongan.

3. MTQ ADDIN -2 No 28 Jalan Siputeh 32850 Parit Perak. Tel / fax 05 3775900. Penempatan lelaki dan perempuan. 15 kekosongan lelaki dan 15 kekosongan perempuan.

4. MTQ ADDIN -3 Kg Ketior Dalam Kuala Kangsar Perak. Tel : 0124104633. Penempatan lelaki sahaja. 15 kekosongan.

5. MTQ ADDIN -4 Kg Lubuk Katak Tapah Perak. Tel / Fax : 05 4018199. Penempatan lelaki sahaja. 15 kekosongan.

6. MTQ ADDIN -5 Jalan Felda Nenering Pengkalan Hulu Perak. Tel : 04 4720616. Penempatan lelaki sahaja. 30 kekosongan. Lepasan SPM juga diterima.

7. MTQ ADDIN -6 Bt 17 Jalan Taiping, Padang Rengas Kuala Kangsar Perak. Tel / Fax : 05 7583879. Penempatan perempuan sahaja. 15 kekosongan.

8. MTQ ADDIN -7 Kg Baru Bukit Genting, Tambun Ipoh Perak. Tel / Fax : 05 5477320. Penempatan lelaki sahaja. 15 kekosongan.

9. MTQ ADDIN -8 Masjid Jame' Lama Al Ihtidaiyyah Tambun Ipoh Perak. Penempatan lelaki sahaja. 15 kekosongan.

Bonus Sebulan Gaji

Bonus sebulan gaji. Begitulah berita gembira bagi warga kerja MTQ ADDIN pada tahun 2008 ini. Sejak penubuhan nya, inilah kali pertama MTQ ADDIN memberikan bonus untuk seluruh warga kerja MTQ ADDIN termasuk tukang masak.

Pemberian bonus ini amat dinantikan oleh semua kesan dari kenaikan harga barang yang melambung tinggi.Rata-rata saguhati kakitangan MTQ ADDIN tidaklah begitu tinggi antara RM450.00 hingga RM 850.00 sebulan amat berterima kasih kepada JPM ADDIN kerana berusaha melalui Majlis Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat yang memohon peruntukan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Baru-baru ini kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memperuntukkan RM1.3 juta sebagai Pelan Kecemasan SAR bagi meringankan beban guru-guru SAR. MTQ ADDIN menerima peruntukan ini sebanyak RM 51000.00 dan telah mengeluarkan bonus untuk semua kakitangannya berjumlah 63 orang seluruh negeri Perak dengan kos sebanyak RM40,000.00.

Akibat bantuan perkapita yang dihentikan, beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru. Ini disebabkan para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, hilang separuh dari gaji hingga mengakibatkan ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain. Ada Ibubapa yang hilang keyakinan kepada SAR dan anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah lain.
Penyerahan awal cek-cek bantuan perkapita kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan telah diadakan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena Majlis Perasmian Masjid tersebut. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

SMAR Abbasiah, Sungkai sebanyak RM 183,600,

SMAR Taufiqiah, Behrang RM 35,700.

SMAR Idrisiah, Kuala Kangsar RM 268,770,

SMAR Al Hidayah, Ipoh RM 117,300,

SMAR Darul Quran, Chenderong Balai RM10,200,

SMAR Yusoffiah, Pengkalan Hulu RM91,800

Maahad Tahfiz Wal Qiraat Ad Din, Tualang Sekah RM 51,000.

Sekolah Rendah Islam Pintar, Kinta RM 20,400,

Sekolah Rendah Tarbiyyah Islamiah (SRATI), Kinta RM 13,200,

Sekolah Rendah Al Furqan, Kuala Kangsar RM 18,000,

Sekolah Rendah Al Hidayah, Kinta RM 45,780,

Maahad Al Ummah, Kinta RM 25,260,

Madrasah Ulumul Syariah Wal Quraniah, Kuala Kangsar RM 40,940,

Madrasah Tarbiyyah Islamiah, Taiping RM 5,760

Madrasah Tarbiyyah Islamiah Tapah RM 2,106.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin turut mengumumkan bahawa kerajaan akan turut menganugerahkan tanah mengikut kesesuaian kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR. Semoga Negeri Perak akan kembali menjadi pengeluar kepada Ulamak dan Cendekiawan Islam yang akan menyumbang kepada masyarakat yang bertaqwa.

Sumbangan Bas

Inilah gambar bas yang akan diserahkan kepada MTQ ADDIN

Alhamdulillah pada hari ini 8 Oktober 2008, telah diadakan satu perbincangan awal berkaitan penggunaan bas sekolah kepada MTQ ADDIN.Bas ini adalah milik Persekutuan Seruan Islam Perak dan telah tidak digunakan kerana kekurangan pelajar Tadika Seruan Islam Perak.Justeru itu telah dibincangkan agar bas berkenaan diserahkan kepada MTQ ADDIN untuk digunakan sehingga pelajar tadika berkenaan memerlukan semula. Buat masa ini Tadika Seruan Islam Perak mempunyai 2 buah van dan sebuah bas mini berkapasiti 25 penumpang.

Selasa, 7 Oktober 2008

Kenali JPM ADDIN

Dalam mengharungi era modenisasi kini kita yang disifatkan sebagai golongan agamawan sudah tentu tidak mahu ketinggalan dari memahami konsep pengurusan dan pentadbiran moden sesebuah organisasi.

Pandangan sempit sesetengah masyarakat yang meng’klasifikasikan peranan kita hanya untuk mengimamkan solat, membaca do’a, mengurus jenazah, mengutip zakat & derma hendaklah dilontar jauh-jauh.

Kita kena buktikan bahawa orang yang menghafaz al-Quran mampu memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dengan ilmu pengurusan moden sesuai dengan tuntutan zaman.

Bertitik tolak dari sinilah, JPM ADDIN ditubuhkan pada bagi merealisasikan tujuannya yang murni seperti berikut:

i. Menjadi penggerak MTQ ADDIN,

ii. Menyelaras urusan pentadbiran MTQ ADDIN,

iii. Melantik penyelia-penyelia bertauliah,

iv. Mewujudkan suasana berkerja secara amal jamai’ (team work),

v. Menjalin semangat ukhuwwah Islamiah di kalangan guru-guru dan kakitangan MTQ ADDIN,

vi. Menjadi tempat rujukan,

vii. Menjadi badan perunding bagi menyelesai permasalahan MTQ ADDIN.


JPM ADDIN kini menguruskan lapan buah cawangan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN seluruh negeri Perak.

Lokasi MTQ ADDIN Induk Ialah:

Kampung Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar, Perak No Tel & Fax 05-4773473

Lokasi MTQ ADDIN cawangan pertama ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN -1
Kampung Sungai Keli
36400 Hutan Melintang, Perak. No Tel: 05-6414244

Lokasi MTQ ADDIN cawangan kedua ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN -2 ( Perempuan )
No. 28 Jalan Siputeh, 32850 Parit. No. Tel: 05-3775900

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN -2 ( Lelaki )
Batu 7, Jalan Siputeh, 32850 Parit. No. Tel: 05-3775440

Lokasi MTQ ADDIN cawangan keempat ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN - 4
Kg. Lubuk Katak,
35000 Tapah, Perak. No. Tel: 4018199

Lokasi MTQ ADDIN cawangan ketiga ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN - 3
Kg. Ketior Dalam,
33000 Kuala Kangsar, Perak. No. Tel: 05-2560378

Lokasi MTQ ADDIN cawangan kelima ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN -5
Jalan Felda Nenering,
33100 Pengkalan Hulu, Perak. No. Tel: 04-4720616


Lokasi MTQ ADDIN cawangan keenam ialah:

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN -6
Batu 17, Jalan Taiping,
Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. No Tel: 05-7583879


Lokasi MTQ ADDIN cawangan ketujuh ialah:

Maahad Tahfiz al- Quran wal Qiraat ADDIN - 7

Lot 31385, Kg. Baru Gunung Genting, 31400 Tambun Ipoh Perak DR...

No Tel/ Fax : 05-5477320

Mohon Sumbangan

Kepada penderma budiman, adalah dimaklumkan bahawa JPM ADDIN amat memerlukan sumbangan anda bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan pendidikan seperti kursus p&p, Kursus kepimpinan pelajar, pembiayaan pelajar miskin dan yatim, penyediaan peralatan alat bantuan mengajar dan sebagainya.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank

Nama Akaun : JPM ADDIN kg. Tualang Sekah

No. Akaun 58047601456

Kami boleh dihubungi melalui e-mail : jpmaddin@yahoo.com.my

jpmaddin@gmail.com

No. Tel / Fax : 05 4773473 H/P 019 5739612

Alamat : Jawatankuasa Penyelaras

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN,

Kg. Tualang Sekah 31700 Malim Nawar Perak.