Sabtu, 11 Oktober 2008

Bonus Sebulan Gaji

Bonus sebulan gaji. Begitulah berita gembira bagi warga kerja MTQ ADDIN pada tahun 2008 ini. Sejak penubuhan nya, inilah kali pertama MTQ ADDIN memberikan bonus untuk seluruh warga kerja MTQ ADDIN termasuk tukang masak.

Pemberian bonus ini amat dinantikan oleh semua kesan dari kenaikan harga barang yang melambung tinggi.Rata-rata saguhati kakitangan MTQ ADDIN tidaklah begitu tinggi antara RM450.00 hingga RM 850.00 sebulan amat berterima kasih kepada JPM ADDIN kerana berusaha melalui Majlis Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat yang memohon peruntukan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Baru-baru ini kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memperuntukkan RM1.3 juta sebagai Pelan Kecemasan SAR bagi meringankan beban guru-guru SAR. MTQ ADDIN menerima peruntukan ini sebanyak RM 51000.00 dan telah mengeluarkan bonus untuk semua kakitangannya berjumlah 63 orang seluruh negeri Perak dengan kos sebanyak RM40,000.00.

Akibat bantuan perkapita yang dihentikan, beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru. Ini disebabkan para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, hilang separuh dari gaji hingga mengakibatkan ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain. Ada Ibubapa yang hilang keyakinan kepada SAR dan anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah lain.
Penyerahan awal cek-cek bantuan perkapita kepada 14 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan telah diadakan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena Majlis Perasmian Masjid tersebut. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

SMAR Abbasiah, Sungkai sebanyak RM 183,600,

SMAR Taufiqiah, Behrang RM 35,700.

SMAR Idrisiah, Kuala Kangsar RM 268,770,

SMAR Al Hidayah, Ipoh RM 117,300,

SMAR Darul Quran, Chenderong Balai RM10,200,

SMAR Yusoffiah, Pengkalan Hulu RM91,800

Maahad Tahfiz Wal Qiraat Ad Din, Tualang Sekah RM 51,000.

Sekolah Rendah Islam Pintar, Kinta RM 20,400,

Sekolah Rendah Tarbiyyah Islamiah (SRATI), Kinta RM 13,200,

Sekolah Rendah Al Furqan, Kuala Kangsar RM 18,000,

Sekolah Rendah Al Hidayah, Kinta RM 45,780,

Maahad Al Ummah, Kinta RM 25,260,

Madrasah Ulumul Syariah Wal Quraniah, Kuala Kangsar RM 40,940,

Madrasah Tarbiyyah Islamiah, Taiping RM 5,760

Madrasah Tarbiyyah Islamiah Tapah RM 2,106.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin turut mengumumkan bahawa kerajaan akan turut menganugerahkan tanah mengikut kesesuaian kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR. Semoga Negeri Perak akan kembali menjadi pengeluar kepada Ulamak dan Cendekiawan Islam yang akan menyumbang kepada masyarakat yang bertaqwa.

Tiada ulasan: